Isnin, 27 Februari 2012

FAKE

KAMU PALSU, AKU PLASTIK


Bagi aku, manusia di zaman sekarang tak akan lari dari menjadi plastik...
kenapa aku cakap macam ni??
aku ada alasan tersendiri...xsalah rasanya aku kemukakan pendapat aku kali ni...

Izinkan aku bercerita sedikit sebanyak pendapat aku tentang "FAKE" ni...
ini kisah tentang diri aku je laaa, sebab lebih dekat dengan diri aku... xperlu copy paste cerita orang...
okey laaa... kehidupan aku ni biasa saja.. kadang2 aku gembira, kecewa, sedih, marah..dll...
aku belajar disebuah kolej yang aku xpernah mimpi pun akan belajar disini, kerana ini bukan lah minatku.. tetapi atas beberapa sebab aku bertahan disini..
pada setahun awal aku di kolej ni, aku xpernah rasa happy, aku memberontak dalam diam sebab aku tau, aku tunjukkan rasa tak puas hati bermakna aku saje memohon untuk dimarah..

aku berpura2 happy kat sini, sudah tentu ianya "FAKE"... tp lama2 aku da sebati kt sini...
don't mind anymore...dah lali...

sekarang da tahun ke3 aku kt sini..dah nk habis dah pun...

tapi ini baru mukaddimah je..hehehe...

setiap orang ada alasan sendiri kenapa perlu jadi plastik...
contohnya.. seorang junior berlagak seperti menghormati seniornya kerana budaya senioriti di kolej..bukan kerana senior itu betul2 dihormati..
cuma dia takut kene marah & dimalukan.. bukan salah junior bg aku..
dia terpaksa jadi plastik sebab takut akan sesuatu akibat..
kalau dia xtakut semua kucar kacir jawabnya...

kebanyakan seseorang tu jd plastik sebab dia xdapat apa yang dia inginkan... atau keadaan memaksa dia untuk tidak menjadi diri sendiri...
mungkin atas desakan persekitaran, budaya sekeliling dan sebagainya...

kita xharus memandang serong terhadap seseorang yang bersikap plastik, tp bagi aku kita harus BANTU orang sebegini untuk berani menjadi diri sendiri tanpa memberi apa2 kesan di dalam hidupnya untuk masa akan datang..

Bersikap positif dan beri peluang untuk seseorang itu bersuara tidak salah, itu lah sikap seseorang yang layak dihormati...
maruah diri terletak pada cara seseorang itu membawa diri...

aku ni bukan lah seorang yang baik, tetapi ini rasa hati aku.. layakkah seseorang itu dihukum atas alasan yang tidak masuk akal?? kita perlu tahu apa alasan seseorang itu sebelum menghukum..

tak dinafikan kadang2 aku terpaksa bersikap plastik... tapi tentu ada alasanya... ape yang aku tulis didalam "diary" aku ni xlah plastik sebab ini kata hati aku...
Jika aku diberi peluang untuk mengubah, aku akan ubah budaya yang menyusahkan dikolej aku...
Jika aku diberi peluang untuk bersuara, aku akan ceritakan kata hati aku ini pada kalian...



sesungguhnya aku tidak pernah membezakan diri aku dengan sesiapa... aku hanya "orang kecil" yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t, aku adalah hambah ALLAH seperti kalian..
aku banyak kekurangan, aku tidak minta untuk dihormati, aku juga tidak minta untuk wujud di antara kalian....
<*.->

Isnin, 3 Oktober 2011

KeBenCiaN

Kebencian adalah satu perasaan yang unik pada pandangan aku.. kerana ape? sebab bagi aku kebencian sangat sukar dijelaskan..




bagi pandangan aku...
kebencian ni satu perasaan yang unik dan xdapat dikawal,
ianya tercipta apabila "marah" menguasai dan ketidakpuasan hati berlegar-legar...

tidak dinafikan, disisiku... perasaan ini (Benci) sentiasa ada mengiringiku...
banyak benda kita boleh benci dalam sekelip mata saja...

contoh jika kepada manusia....

Selalu aku sebutkan... jika sudah benci..
1 KEBURUKAN BISA MENUTUPI 1000 KEBAIKAN...

besar juga kuasa BENCI ni...

Jika keputusan hati berkata "tidak" atau "jangan" kepada sesuatu perkara...
walaupun hal itu baik dan tak memudaratkan kita tetap bisa membenci dengan mudah..
hebat...sangat hebat...

Banyak kes-kes tragis yang berlaku atas dasar "Benci"
Apaila manusia dikuasai oleh nafsu atau dalam bahasa yang lebih kasar...
dikuasai oleh syaitan apabila kita membenci...
(bukan ke benci itu kegemaran syaitan?)

Tak salah kalau aku berfikiran ramai yang tak sukakan aku,
sebab kelemahan aku, kekurangan aku, kebodohan aku sudahpun menjadi tontonan orang sekelilingku...

yaa,,,
aku pun benci diri aku sebab aku selalu menganiayai tubuh badan aku...
(tak perlulah aku sebut kat sini)

bukti kebencian ini wujud apabila marah yang tak berkesudahan wujud dan mula jelas kelihatan di pandangan umum...
*setiap kebaikan terkubur...
*setiap keburukan mula bercambah seperti benih yang cukup bajanya...
*renungan mata mula tajam apabila memandang...
*senyuman mulai sini dan menjengkelkan...
*suara ada yang menjadi kasar, tenggelam timbul @ lansung tidak bersuara (ni lebih baik)
*gerakan badan tidak separas dengan perkara yang dilakukan...


aku mmg gagal kalau bab luahan perasaan...
tapi inilah luahan hati aku...
terima kasih pada kawanku yang indah seperti "ombak" di lautan...
sungguhpun kehadiran kamu semua bersilih ganti...
kamu tetap tersenarai dalam kamus hidup aku..
tapi dengan perasaan ku yang penuh kekecewaan ni...
aku maafkan kamu...

sesungguhnya aku tidak mampu menjadi sahabat baik untukmu...
selamat tinggal.......





Sabtu, 17 September 2011

"Finger"


Everybody have their own "finger"....
what im wan't telling here now is about "Finger"...

"Finger" sometime's cannot help us when they injured...
"finger" also can hurts another "finger"....
many things we van do with "finger"....

I know many people out there never realize,
how valueable that "finger"....

 "finger" can give us so many satisfaction...
can u believe it?

I believe it..!
But I know sometime's
"FINGER"
might be out of control and also can give us trouble...

~~~~~~~~~~~~~~

that's all my story about "finger"...
actually this story is according to "Friend" who give us so many experience...
Mad - Sad - Happy - Cry - Smile - Silly and so on.....
But.. friends always with us, even not to accompany us...
they still can sit beside us.. even not to wipe oyr tear's...
they still can touch us.. even not to chuck us..
they still can sing a song.. even not to make us happy..
they still can do our work.. even not mean to help us..

so... you think, what type are you?
what kind of friend are you?


Penolakan Maksimum



Ku duduk di kerusiku,
ku toleh kiri,
ku toleh kanan,
sungguh ramai orang disekelilingku,
tapi....
entah kenapa, pandangan ku kabur,
pendengaran ku tidak jelas,

semua deriaku yang dipinjamkan
Oleh-Nya seolah-olah diambil semula...

aku sudah bingung...
seolah-olah tiada apa-apa keinginan lagi...
Permintaan ku supaya "buta" melihatmu...
"Pekak" medengarmu,
menjadi sebaliknya...

aku sengsara kerana dimataku terpampang wajahnya,
di telingaku jelas kedengaran suaranya,
Semua disekelilingku Kabur dan hanbar....

Aku sesali permintaanku...
kenapa saja aku tidak meminta supaya kamu yang buta melihatku,
pekak mendengarku...

aku lansung tidak kisah hidup kesunyian..
aku tidak Gusar keseorangan,
aku tidak menjemput kamu melalui ruangan hidupku...
aku akan singkirkan siapa sahaja...
yang..
memasuki ruangan khas kotak hidupku...
aku sama sekali akan menolak dan tidak akan menerimanya...
untuk selamanya............!

Jumaat, 9 September 2011

Tangisan...





mungkin tajuk aku kali ni kurang menarik....
tapi ape yg aku nk sampaikan hanyalah untuk berkongsi...
manusia menangis memberi 1000 makna,
tangisan bukan sekadar untuk menunjukkan perasaan sedih atau kecewe...

Mula dari kita dilahirkan,
semua menginginkan kita menangis sebaik sahaja keluar dari rahim ibu,
ia sebagai tanda bayi yang dilahirkan adalah sihat dan mempunyai tanda2 kehidupan yang baik..

Terdapat 10 jenis tangisan yang memberi banyak makna kepada kita...
(kata Ibnu Qayyim)

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

apa yang aku ingin ceritakan disini...
berkaitan dengan :

ERTI SEBUAH TANGISAN

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaann mungkin kita kurang membuat persediaan . Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.

(riwayat dari Salman al Faarisi) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.” sampaikanlah walau satu ayat” al hadis


aku bukanlah insan terpilih...
aku bukanlah insan yang selayaknya bercerita tentang ini..
tapi, selama aku berfikir, alangkah ruginya kita menpersia-siakan anugerah dan ciptaan yang suci ini...
setelah aku habis membaca dan menulis tentang TANGISAN ini...
aku mula sedar,
selama ini aku mengkhianati tangisanku dengan berharap ada sahabat menemaniku...
aku janji....
mulai hari ini, aku tidak akan berharap untuk menunggu sahabat itu lagi...
tuhan telah kurniakan aku yang lebih baik dari sahabat yang aku idamkan itu....

sekian............. <*.->

Selasa, 19 Julai 2011

siapakah kita??


hidup sudah tentu banyak cabaran....
dari kecik sampai sekarang banyak yg dah kita lalui..
sebenarnya, kita telah dinilai sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi...
apabila kita dilahirkan, kita terus dinilai dan dinilai dari masa ke semasa...
penilaian pertama yang diberi adalah tanda-tanda kehidupan kita, ia dipanggil..
APGAR SCORE
dalam masa seminit kita akan dinilai dan diberi markah...
lima minit kemudian kita dinilai lagi,
dari hujung kepala hingga hujung kaki markah diberi...
markah penuh tak banyak cuma 9 sahaja markah penuh...
tapi akan memberi kesan yang sangat besar kepada kita jika kurang 1 atau lebih...

apabila umur meningkat, makin meningkat juga lah penilaian terhadap kita...

apa yang ingin diceritakan disini bukanlah markah terbaru saya...
saya hanya ingin mengingati pembaca....
bahawa setiap sesuatu yang dilakukan didunia ini terdapat markah dan darjat yang tersendiri..
Yang-Berkuasa diatas sana Maha Melihat, Maha Adil dalam menilai sesuatu...
walaupun sebesar zarah perkara yang dilakukan, Dia tak akan tertinggal dalam menilai kita...

jadi...
tidak kira dimana kita berada,
tahap mana pengetahuan kita,
apa pangkat kita,
apa kebolehan kita,
SIAPA KITA....

Kita tetap berada di bawah penilaian yang Maha Melihat segala sesuatu...
kita tidak usah lah angkuh, jika kita berada diatas,
kita tidak usah angkuh. jika kita adalah orang ternama,
kita tidak usah angkuh, jika kita adalah orang disegani...

( aku bukan lah mahu beri ceramah disini, cuma keadaan sekelilingku mendesak agar aku mengikatkan diri dan kawan2 supaya bila berada diatas, jangan lupa.. kita masing perlukan yang dibawah untuk berdiri)
bukankah tapak kaki kita ada dibawah??
tidak kira setinggi mana kita berada... kaki tetap dibawah...
kalau kaki kat atas, kepala pula dibawah..
bukankah itu lagi teruk....

Dunia....Dunia....

Sabtu, 21 Mei 2011

Bagi Pengarah Lensa & Pelakon Lensa

Memilih latar belakang bersesuaian




*Latar belakang yang indah dan mampu menarik "mood" photo anda
*fokus kepada subjek utama
*buka lampu di bahagian atas atau belakang bagi mendapatkan warna foto yang asli selain menutupi flash sekiranya pencahayaan mencukupi.



Fokus kepada mata



*mata adalah tingkap jiwa
*bagi mengelakkan mata merah "red eye" kelihatan pada skrin kamera, pengguna perlu memadamkan fungsinya dalam tetapan.

...to be continue...