hidup sudah tentu banyak cabaran....
dari kecik sampai sekarang banyak yg dah kita lalui..
sebenarnya, kita telah dinilai sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi...
apabila kita dilahirkan, kita terus dinilai dan dinilai dari masa ke semasa...
penilaian pertama yang diberi adalah tanda-tanda kehidupan kita, ia dipanggil..
APGAR SCORE
dalam masa seminit kita akan dinilai dan diberi markah...
lima minit kemudian kita dinilai lagi,
dari hujung kepala hingga hujung kaki markah diberi...
markah penuh tak banyak cuma 9 sahaja markah penuh...
tapi akan memberi kesan yang sangat besar kepada kita jika kurang 1 atau lebih...
apabila umur meningkat, makin meningkat juga lah penilaian terhadap kita...
apa yang ingin diceritakan disini bukanlah markah terbaru saya...
saya hanya ingin mengingati pembaca....
bahawa setiap sesuatu yang dilakukan didunia ini terdapat markah dan darjat yang tersendiri..
Yang-Berkuasa diatas sana Maha Melihat, Maha Adil dalam menilai sesuatu...
walaupun sebesar zarah perkara yang dilakukan, Dia tak akan tertinggal dalam menilai kita...
jadi...
tidak kira dimana kita berada,
tahap mana pengetahuan kita,
apa pangkat kita,
apa kebolehan kita,
SIAPA KITA....
Kita tetap berada di bawah penilaian yang Maha Melihat segala sesuatu...
kita tidak usah lah angkuh, jika kita berada diatas,
kita tidak usah angkuh. jika kita adalah orang ternama,
kita tidak usah angkuh, jika kita adalah orang disegani...
( aku bukan lah mahu beri ceramah disini, cuma keadaan sekelilingku mendesak agar aku mengikatkan diri dan kawan2 supaya bila berada diatas, jangan lupa.. kita masing perlukan yang dibawah untuk berdiri)
bukankah tapak kaki kita ada dibawah??
tidak kira setinggi mana kita berada... kaki tetap dibawah...
kalau kaki kat atas, kepala pula dibawah..
bukankah itu lagi teruk....
Dunia....Dunia....
